CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

SERENDIPITY

A Journey to begin.

Monday, November 12, 2007

ghulam:part 2

yey!..finally i did my pharmaco colloq td..alhamdullilah..really need sleep..but..i've sumthing to do..abeskan the 2nd part..aiyak..kk...dis the 2nd part of ghulam


part 2

rahib pun ditangkap..dia diarah supaya meninggalkan agamanya tetapi rahib menolak..lalu dibawa gergaji dan diletakkan di atas kepalanya dan digergajinya..tubuhnya terbelah dua dan keduanya melerai jatuh ke bumi..
budak tersebut lalu dibawa lagi kpd raja..raja berkata
"balik semula kpd asalmu"
budak itu menolak lalu raja memanggil sebahagian dr kumpulannya dan dikatakan kpd mereka..
"bawa budak ini ke bukit sekian sekian dan sekiranya ia tetap enggan,campakkan dr atas bukit.."
tiba di sana, budak itu berdoa kpd Allah..
" Ya Allah..tolonglah aku dgn cara yang engkau kehendaki.."
tiba2 bukit bergegar dan jatuh kesemua org2 raja tersebut kecuali budak itu..budak tersebut balik berjalan kpd raja..raja bertanya..
"mana dia kawan2 ku..? "
jawab raja tersebut..
"Allah telah menolongku menghadapi mereka.."
lalu raja memanggil sebahagian lagi kumpulannya dan berkata..
"bawa budak ini ke tengah laut..jika dia enggan,campakkan dia ke dlm laut.."

bila tiba di tengah laut..budak tersebut berdoa dan dgn doa yang sama..tiba2 perahu tenggelam dan semua kumpulan raja mati lemas..budak itu balik semula kepada raja..raja terkejut dan bertanya..
"mana kawan2 ku...?"
jawab budak itu..
"Allah telah menolongku menghadapi mereka.."
lalu budak itu berkata kpd raja..
" kamu tidak akan dpt membunuhku sehinggalah kamu menurut kemahuanku.."
raja terus bertanya..
" apa dia..?"
budak itu berkata..
" engkau kumpulkan semua org ramai di satu padang..kamu ikatkan aku di pohon kurma..kemudian engkau ambilkan satu dr panahku dan letakkan panah pada busurnya..kemudian engkau baca..Dengan nama Allah,tuhan budak ini..
kemudian engkau panahlah aku..nescaya kamu akan dpt membunuhku.."

lalu raja pun mengumpulkan org ramai di satu padang..budak itu diikat pada sebatang pokok kurma..kemudian satu panah diambil dan diletakkan pd busurnya..lalu raja pun membaca..
"Dengan nama Allah.tuhan budak ini.."
terus dipanah budak itu..panah tersebut mengenai bawah telinganya..perlahan2 budak itu meletakkan tangannya pada tempat panahan tersebut dan terus meninggal dunia..tiba2 org ramai yg melihat kejadian itu berkata..
" kami percaya kpd tuhan budak ini..."
lalu raja menjadi kelam kabut dan mengatakan..
"telah berlaku apa yg aku tidak mahu ianya berlaku.."
lalu raja menyuruh digali parit2 di laluan2 org ramai dan dinyalakan api..sesiapa yang lalu akan diarahkan supaya kembali kpd agama asal..jika tidak,akan dicampak ke dlm parit..
lalulah wanita bersama bayinya..wanita tersebut gementar takut dicampakkan ke dlm api tersebut..tiba2..bayinya bercakap..
"wahai ibu..sabarlah..engkau berada di jalan yang benar.."


hadith riwayat Muslim dan Imam Ahmad
hadith tersebut disebarkan oleh Imam Al-Nawawi dlm kitab Riyadhus Solihin di bwh bab Sabar..




Allahuakbar~

p/s: dpt ke kite jd setabah tu..?..hmm..sekadar renungan bersama...
k..its bed time..nytes!






1 sparkles:

afiqawe said...

Salam.

Wah, ada jugak yg letak hadis ghulam...

Bagus2..

Erm, saje nk tnya opinion...
apa kesimpulan & pengajaran drpd Hadis ni ye..?